Friday, November 4, 2011

Manusia bukanlah penghukum

Baru-baru nie, semua orang tahu bahawa perdana menteri kita berangkat ke tanah suci Makkah Al-Mukarramah, Alhamdulillah, Allah melimpahkan rezeki Nya kepada perdana menteri kita. InsyaAllah tertunailah one of the pillars of ISLAM… (rukun islam.) Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah

Cuma, aku mahu menyentuh sedikit pasal baru-baru nie,,ade orang upload gambar PM kita menunaikan haji dengan di iringi beberapa orang pegawai keselamatan.

Apa yang aku sedih pabila gambar itu di komen dengan komen-komen yang kurang memberansangkan.
Begini sahajalah ye rakan-rakan,, ini pandangan aku,,, korang boleh bangkang tapi aku hanya ingin memberi pandangan..

Mungkin orang yang Menugaskan  pegawai keselamatan untuk menjaga keselamatan PM itu  berniat ingin menjaga kebajikan “tetamu” untuk tempat itu, walupun ku tahu,, PM itu hamba yang ingin menjadi tetamu Allah Azza Wajalla.

Mungkin orang yang Bertugas berasa rela hati menjaga keselamatan Tetamu-tetamu Allah seperti PM kita.

Ingatlah apa yang terjadi bukanlah kehendak manusia itu… Allah lah yang menentukan segalanya. Bersyukurlah kita sekurang-kurangnya Perdana Menteri kita ada rasa untuk menjadi tetamu Allah.

Ingin ku petik ayat ini untuk renungan kalian :

Surah An-Nisa’ayat 32

“Dan janganlah kamu iri hati terhadap kurnia yang telah dilebihkan Allah kepada sebahagian kamu atas sebahagian yang lain…..”

Ingatlah bahawa, mungkin Allah telah melebihkan kurnianya terhadap beliau…..

 Ku mohon kalian janganlah Nampak yang buruk sahaja. Nampakkanlah yang baik juga. Dia telahpun berangkat menjadi tetamu Allah.

Bagaimana sekalipun dia diberi keistimewaan oleh manusia, Allah jualah yang menilainya. Kita ambillah apa yang kita tidak setuju itu sebagai pengajaran untuk diri kita~~~~

JANGAN LAH SAMPAI KITA MENJADI PENGHUKUM MANUSIA
Kerana
“Alaisallahu Biahkamil Hakimin”  Bukankah Allah itu Hakim yang paling ADIL… (95:8)

Wallahu Alam

Nile close, Australia